Organisasi Syarikat

 

 

ELHAM-Q MALAYSIA SDN BHD telah didaftarkan mengikut perlembagaan persyarikatan negara   dan didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai syarikat 100% milik bumiputera dan diterajui oleh 3 individu berstatus Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Operasi   yang mengetuai perjalanan dan perkembangan syarikat mengikut dasar dan ketetapan pengurusan   dan dibantu oleh ahli lembaga penasihat melalui perlantikkan rasmi yang dipisahkan mengikut divisi dan kepakaran merangkumi pengurusan, kewangan, logistik, pemasaran dan syariah.

Pn. Zainab Mohamed Nor (Managing Director / Pengarah Urusan)

·   Berpengalaman luas dalam sistem perbankanan melibatkan pengurusan kewangan dan aset hartanah dalam dan luar negara. Merupakan Pengurusi dan pemegang saham dalam beberapa perniagaan berasaskan perladangan melibatkan sawit & getah. Graduan akauntan bertauliah ini merupakan penggerak utama dalam syarikat.

En. Shawal Akbar Mohamed (Executive Director / Pengarah Eksekutif)

·    Mengetuai segala urusan melibatkan perniagaan dalam dan luar negara merangkumi Singapura, Indonesia & UAE. Berpengalaman luas dalam perniagaan berkonsepkan perhotelan, franchise, pembuatan dan pemprosesan. Graduan Stanford University, Switzerland khusus dalam pengajian Revenue Management ini merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merencana pergerakkan dan pemasaran syarikat.

En. Ali Sharif Mokiah (Director Operations / Pengarah Operasi)

·     Mengetuai segala urusan melibatkan pembuatan, pemprosesan dan pembungkusan dan dibantu oleh pengurusan dibahagian pengilangan.

 

PENASIHAT LEMBAGA PENGARAH, ELHAM-Q MALAYSIA SDN BHD

 

YM Tengku Aziz Tengku Hassan (Penasihat Kewangan Syarikat)

·    Berpengalaman luas dalam urusan kewangan syarikat dan merupakan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat bersekutu di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Yg Bhg Dato Abdul Karim Alvi (Penasihat Pengurusan)

·    Berpengalaman luas dalam perniagaan luar negara melibatkan pengurusan dan trading dan merupakan ahli lembaga pengarah syarikat multi-nasional di Malaysia dan Singapura.

Yg Bhg Ustaz Zamzuri Yaakub Al-Hafiz (Penasihat Agama & Syariah)

·    Berpengalaman luas dalam bidang keagamaan termasuk penceramah bebas yang bertauliah oleh JAKIM. Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir ini juga ditugaskan dan dipertanggungjawab sebagai penasihat ahli lembaga pengarah berhubung dengan konsep perniagaan dan pengilangan mengikut syariat Islam.

Yg Bhg Hj. Mohd Nor (Penasihat Logistik & Edaran Proses)

·    Berpengalaman luas dalam bidang logistik dan edaran. Bekas pegawai angkatan laut dan marin Malaysia ini dipertanggungjawabkan dalam kapasiti dan operasi logistik dan edaran proses.